PETALING JAYA: Keadaan ribuan penduduk di Gaza semakin kritikal dan seperti tidak menampakkan jalan penyelesaian apabila serangan daripada tentera rejim Zionis tidak berhenti. Situasi tersebut menyebabkan kebanyakan penduduk di sana hidup dalam ketakutan, beratapkan langit tanpa sebarang khemah dengan suara tangisan kanak-kanak yang kelaparan setiap hari. Menurut rakyat Malaysia yang sebelum ini terkandas di Gaza, Nurul Ain Haron, 38, setakat ini lebih 40,000 orang telah syahid dan 6,456 daripadanya merupakan…