TEL AVIV: Separuh masyarakat Yahudi percaya bahawa serangan dilakukan kerajaan oleh pimpinan Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu terhadap penduduk Gaza melanggar undang-undang antarabangsa.
Perkara itu didedahkan dalam satu tinjauan oleh Institut Kajian Keselamatan Negara (INSS), kelmarin.
Ini setelah hanya 47 peratus tidak percaya bahawa Israel melanggar undang-undang.
Tinjauan sama menunjukkan majoriti rakyat Israel percaya pegawai penjara yang dituduh melakukan serangan seksual terhadap seorang tahanan Palestin tidak seharusnya berdepan tuduhan jenayah, sebaliknya memadai dengan tindakan disiplin oleh tentera.
Pada akhir bulan lalu, sembilan askar Israel ditangkap kerana dituduh merogol seorang tahanan Palestin di Sde Teiman, sebuah kemudahan di Negev, selatan Israel.
Insiden tersebut mencetuskan reaksi balas di Israel, dengan sekumpulan pelampau sayap kanan, termasuk seorang ahli Parlimen dan menteri menyerbu pusat tahanan serta mahkamah tentera sebagai protes terhadap penangkapan tersebut.
Lima daripada mereka yang ditahan dibebaskan ke tahanan rumah, sementara menunggu keputusan tentera untuk memfailkan dakwaan.
Tentera Israel membunuh sekurang-kurangnya 40,005 rakyat Palestin di Gaza sejak 7 Oktober tahun lalu, kebanyakan mangsa wanita dan kanak-kanak.
Lebih 92,401 yang lain turut dilaporkan cedera, manakala dianggarkan 10,000 orang hilang dikhuatiri mati dan tertimbus di bawah runtuhan. – AGENSI










