Sektor kesihatan perlu lebih banyak reformasi selain gaji

Sektor kesihatan perlu lebih banyak reformasi selain gaji

DR. AZIZAN ABDUL AZIZ
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kerajaan perlu melaksanakan lebih banyak reformasi dalam sektor kesihatan awam selain peningkatan gaji penjawat awam yang diumumkan baru-baru ini.

Presiden Persatuan Perubatan Malaysia, Dr. Azizan Abdul Aziz berkata, kenaikan gaji adalah perkembangan positif dan penting untuk mengiktiraf sumbangan tidak ternilai pekerja sistem penjagaan kesihatan.

Bagaimanapun, katanya, terdapat banyak lagi usaha yang perlu dilakukan dengan MMA percaya reformasi yang telah lama tertangguh adalah perlu untuk memastikan sistem penjagaan kesihatan yang mampan dan berkualiti tinggi.

“Suruhanjaya Perkhidmatan Kesihatan yang berasingan daripada Jabatan Perkhidmatan Awam, kekal (menjadi perkara) penting untuk menguruskan kebajikan profesional penjagaan kesihatan dalam perkhidmatan awam dengan berkesan.

“Suruhanjaya ini seharusnya mempunyai kuasa untuk mengawasi penempatan, tangga gaji, dan keadaan kerja profesional sektor kesihatan, memastikan imbuhan dan faedah mereka bersaing dengan pasaran.

“Semakan bebas yang kerap akan membantu mengekalkan sistem yang adil dan saksama yang menarik dan mengekalkan bakat terbaik dalam bidang penjagaan kesihatan,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Menurut Azizan, kerajaan boleh mengukuhkan lagi sistem penjagaan kesihatan negara dan menyediakan yang terbaik untuk rakyat sekiranya melaksanakan reformasi berkenaan.

Pada April lepas, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad dilapor memberi jaminan cadangan mengenai penubuhan Suruhanjaya Perkhidmatan Perubatan akan dirujuk kepada Kabinet.

Menurutnya, cadangan itu yang termaktub dalam manifesto Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu ketika itu berada di peringkat akhir. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×