Sekolah khas ditambah elak keciciran di pedalaman

Sekolah khas ditambah elak keciciran di pedalaman

WONG Kah Woh (duduk, tengah) bersama sebahagian murid Orang Asli dan peribumi yang hadir pada Karnival Pendidikan Murid Orang Asli dan Peribumi di Dewan Bahasa dan Pustaka di Kuala Lumpur, semalam. – UTUSAN/AMIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan (KPM ) akan me­ningkatkan bilangan Sekolah Model Khas Komprehensif 9 (K9) dan Sekolah Model Khas Komprehensif 11 (K11) bagi mengatasi masalah keciciran sekolah dalam kalangan pelajar terutama di pedalaman.

Sekolah Model Khas K9 bermaksud murid akan belajar di sekolah yang sama bermula dari darjah satu sehingga ke tingkatan tiga tanpa perlu berpindah sekolah manakala sekolah K11 pula bermaksud pelajar akan belajar sehingga tingkatan lima di sekolah sama.

Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh berkata, konsep sekolah itu dilihat mampu meningkatkan kadar transisi pelajar Orang Asli dan peribumi dari sekolah rendah ke sekolah menengah dan dari menengah rendah ke mene­ngah atas.

“Kalau kita sebut pendidikan murid Orang Asli dan peribumi, memang tidak boleh lari daripada isu keciciran, jadi untuk mengatasi perkara ini,” katanya selepas merasmikan Karnival Pendidikan Murid Orang Asli dan Peribumi Pe­ringkat Kebangsaan Tahun 2024 di Balai Budaya Tun Syed Nasir, di sini semalam.

Kah Woh berkata, KPM akan perluaskan bilangan sekolah K9 dengan penambahan 11 buah sekolah lagi menjadikan jumlah keseluruhan sekolah K9 sebanyak 28 buah manakala sekolah K11 sebanyak dua buah iaitu SMK Long Bedian, Sarawak dan SMK RPS Betau, Pahang.

Beliau berkata, cadangan itu akan dibentangkan kepada pengurusan tertinggi KPM dan menjangkakan peningkatan bilangan sekolah K9 dapat direalisasikan pada sesi persekolahan baharu tahun hadapan.

Dalam pada itu, Kah Woh berkata, Kampung Pos Betau dipilih sebagai Kampung Ang­kat Madani bertujuan mening­katkan pembangunan dari aspek infrastruktur dan pembangunan manusia.

“Pemilihan kampung ini dibuat untuk memberi perhatian khusus untuk meningkatkan kesejahteraan penduduk seperti menaik taraf bekalan air bersih yang akan turut memberi manfaat kepada para penduduk. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×