TEHERAN: Seorang pegawai kanan Hamas menolak dakwaan Israel yang mendakwa Sekolah Al-Tabin menjadi pusat operasi kumpulan pejuang berkenaan susulan kematian lebih 100 nyawa semalam selepas kemudahan yang menempatkan pelarian itu dibom rejim Zionis. Anggota Biro Politik Hamas, Ezzat al-Resheq berkata, pembunuhan yang dilakukan semalam itu adalah sebahagian daripada genosid Israel terhadap rakyat Palestin di Gaza. Ezzat menolak dakwaan Israel dengan menyatakan pihaknya tidak akan sesekali beroperasi di lokasi menempatkan penduduk awam bagi mengelakkan mereka daripada menjadi sasaran. Katanya, rejim Zionis sering menggunakan dakwaan itu sebagai alasan untuk menyerang bangunan awam…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya