KUALA LUMPUR: Seorang ahli perniagaan menceritakan di Mahkamah Sesyen di sini hari ini pengalamannya ketika disoal siasat selama 11 hari oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkaitan kes rasuah terowong dasar laut Pulau Pinang melibatkan bekas Ketua Menterinya, Lim Guan Eng. Datuk Zarul Ahmad Mohd. Zulkifli berkata, sepanjang siasatan, beliau tidur di atas simen dalam keadaan sakit meskipun telah menyertakan surat kepada pasukan siasatan bagi memaklumkan dia menghidap slip disc.…