SEPANG: Seorang mangsa pemerdagangan manusia di Myanmar menceritakan kisah peritnya apabila dijadikan bagai `barang dagangan’ beberapa sindiket di negara itu. Tan (bukan nama sebenar) berusia awal 30-an dan berasal dari Kajang, Selangor berkata, dalam tempoh setahun `didagangkan’ hidupnya menderita kerana turut didera sindiket jenayah tersebut. “Semua ahli geng kumpulan bersenjatakan pistol dan saya gagal berhubung dengan dunia luar menyebabkan saya susah hendak meminta bantuan,” katanya kepada pemberita ketika tiba di…