DOHA: Wakil Israel antara delegasi yang menyertai rundingan senjata api Gaza yang berlangsung di Doha pada petang.
Memetik laporan Reuters, perbincangan itu disertai Ketua Perisikan Israel bersama rakan sejawatnya dari Amerika Syarikat dan Mesir serta Perdana Menteri Qatar, Sheikh Mohammed bin Abdulrahman Al Thani dalam satu pertemuan tertutup di sini.
Antara delegasi Israel terdiri Ketua Perisikan Israel, David Barnea dan Ketua Keselamatan Domestik, Ronen Bar.
AS pula diwakili Pengarah CIA, Bill Burns.
Bagaimanapun, Hamas tidak menghantar wakil dalam rundingan tersebut, namun pihak mediator dijangka mengadakan perbincangan bersama pasukan pergerakan itu yang berpengkalan di Doha.
Israel dan Hamas saling menyalahkan antara satu sama lain terhadap kegagalan rundingan, termasuk mendakwa negara itu didakwa sengaja mengheret konflik agar ia berlaku lebih berpanjangan.
Minggu lalu, Amerika Syarikat, Qatar dan Mesir menggesa Israel dan Hamas kembali ke meja rundingan untuk menyambung semula perbincangan gencatan senjata dan perjanjian pembebasan tahanan sebagai satu langkah menamatkan segera konflik.
Meskipun Hamas dikatakan memberi ‘lampu hijau’ kepada pelan gencatan senjata dengan meletakkan syarat iaitu menolak sebarang usaha mewujudkan rundingan dan pelan baharu kerana menegaskan mahu dia dilaksanakan seperti mana rancangan asal.
Sebelum ini, pelan asal gencatan senjata dipernah dibentangkan Presiden AS, Joe Biden dan kemudian disahkan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengandungi tiga fasa.
Antaranya gencatan senjata penuh dengan tentera Israel perlu berundur dari semua kawasan berpenduduk di Gaza manakala Hamas pula membebaskan sebilangan tebusan ditangkap dalam serangan 7 Oktober 2023.-AGENSI










