KUALA LUMPUR: Pelakon, Riena Diana mencabar diri dengan beraksi di pentas teater selepas menerima tawaran membawa watak Kiah menerusi teater Andak Bertandak.
Riena atau nama sebenar, Nur Qamarina Diana Zulreal, 27, memaklumkan dia sebenarnya masih belum mempunyai keberanian untuk menjadi pelakon teater kerana tidak mempunyai sebarang pengalaman.
“Sebenarnya saya takut juga sebab belum ada keberanian untuk menjadi pelakon teater.
“Sejujurnya saya tidak ada lansung pengalaman beraksi di pentas teater sebelum ini. Ketika mula didekati saya diberitahu semua barisan pelakon hebat-hebat,” katanya.
Riena ditemui ketika sidang media teater Andak Bertandak di Mafioso Ampang, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Selain itu, pelakon Kampung People itu turut menjadikan peluang itu sebagai salah satu cara untuk dia meningkatkan kualiti lakonannya.
“Saya rasa nak mencabar diri untuk tingkatkan kualiti lakonan saya dan menggunakan peluang ini untuk mengambuk ilmu daripada mereka kerana bukan sennag untuk berlakon dengan pelakon-pelakon hebat ini.
.
“Dan mereka sangat membantu dan berkongsi ilmu dengan saya semasa latihan berlangsung dan membuatkan rina rasa sangat selesa apa bila bersama mereka.
“Walaupun saya sedar saya memang kecil jika dibandingkan dengan barisan pelakon yang lain, tapi mereka sangat membuatkan saya rasa sangat selesa,” kongsinya.
Teater Andak Bertandak bakal dipentaskan selama empat hari mulai 29 Ogos ini di Pentas 2, The Kuala Lumpur Performing Arts Centre (KLPAC).
Pementasan teater ini diarah Azhar Zainal dan skrip dihasilkan Fasyali Fadzly yang juga Dekan Fakulti Teater, Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA).
Selain Riena turut dibarisi oleh Azhan Rani, Ellie Suriaty, Jay Iswazir, Dottie, Aizat Saha, Fadhli Masoot dan Razman Mahayuddin.
Andak Bertandak berkisar kehidupan keluarga Andak dan masyarakat di sebuah kampung yang percaya kepada perkara tahyul sehingga menolak perubatan moden tanpa sebab munasabah.











