Remaja Sri Lanka tipu pengenalan diri untuk mohon pasport Malaysia

Remaja Sri Lanka tipu pengenalan diri untuk mohon pasport Malaysia

SEORANG remaja warga Sri Lanka (kanan) ditahan bersama seorang wanita tempatan ketika cuba memohon untuk mendapatkan pasport Malaysia di pejabat Imigresen UTC Komtar, George Town, Pulau Pinang
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN : Dua individu ditahan selepas cuba melakukan penipuan ketika membuat permohonan Pasport Malaysia Antarabangsa di Pejabat Imigresen UTC di Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar), di sini, semalam.

Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Pulau Pinang, Nur Zulfa Ibrahim berkata, tangkapan itu membabitkan seorang remaja lelaki warga Sri Lanka dan seorang wanita tempatan.

Katanya, remaja warga asing itu hadir ke pejabat untuk membuat permohonan pasport dan mengemukakan dokumen pengenalan diri sebagai seorang kanak-kanak lelaki berumur 10 tahun dengan ditemani seorang wanita tempatan yang mengaku sebagai ibu kepada suspek.

“Penyelia bertugas telah menyedari bahawa keadaan fizikal suspek tidak sepadan dengan usia selain tidak memahami sebarang soalan yang diajukan terhadapnya.

“Susulan itu, siasatan telah dijalankan oleh ketua pejabat ke atas kedua-dua individu terbabit.

“Suspek didapati tidak boleh berbahasa Melayu manakala soal siasat mendapati pertuturan suspek bukan dalam dialek Tamil orang India di Malaysia,” katanya.

Tambahnya, proses siasatan akhirnya membawa kepada pengakuan wanita terbabit bukanlah ibu suspek dan dia menerima sejumlah wang sebagai ganjaran untuk berbuat demikian manakala suspek turut mengaku dia adalah warganegara Sri Lanka.

Katanya, kedua-duanya ditahan di bawah Akta Pasport 1966 untuk siasatan dan tindakan lanjut.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN