Raisya Rasyiqah hilang selepas pulang lewat dari sekolah

Raisya Rasyiqah hilang selepas pulang lewat dari sekolah

RAISYA RASYIIQAH MOHD. RASHDAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seorang pelajar perempuan berusia 15 tahun dilaporkan hilang selepas tidak pulang ke rumahnya di Pekan Beranang, Kajang dekat sini, sejak Isnin lalu.

Laporan kehilangan pelajar iaitu Raisya Rasyiqah Mohd. Rashdan telah dibuat oleh keluarganya pada pukul 10.03 malam.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Nazron Abdul Yusof berkata, laporan itu dibuat keluarga remaja itu selepas dia gagal dikesan keberadaanya.

Kata beliau, pada hari sama, pelajar berkenaan dikatakan pulang lewat ke rumahnya sebaik tamat sesi persekolahan.

“Ibu remaja itu kemudian mencari anaknya sebelum menemukan Raisya Rasyiqah berada di kawasan Beranang kira-kira pukul 6.40 petang.

“Namun, remaja berkenaan tidak mahu pulang ke rumah sebelum melarikan diri. Sehingga kini, tidak diketahui sama ada dia ada mendapatkan bantuan rakan atau kenalannya atau tidak,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Nazron memohon kerjasama orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan pelajar ini untuk tampil di mana-mana balai polis berdekatan atau menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang di talian 03-89114222.

“Fizikal remaja berkenaan berkulit sawo matang dan mempunyai ketinggian 140 sentimeter dengan berat 40 kilogram selain berbadan sederhana serta memakai cermin mata.

“Ketika hilang, Raisya Rasyiqah dikatakan memakai baju t-shirt kadet polis selain seluar track berwarna biru tua dan bertudung berwarna ungu,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN