Rabea wanita Jerman pertama ke angkasa lepas menaiki SpaceX

Rabea wanita Jerman pertama ke angkasa lepas menaiki SpaceX

RABEA Rogge menjadi wanita pertama di Jerman berlepas ke angkasa.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BERLIN: Seorang wanita warga Jerman akan pergi ke angkasa lepas menaiki roket SpaceX Falcon 9 bersama empat angkasawan lain, kata syarikat penerokaan angkasa lepas swasta itu pada Rabu.

Rabea Rogge telah diperkenalkan oleh SpaceX sebagai penyelidik robotik yang mempelajari kejuruteraan elektrik dan teknologi maklumat di ETH Zurich.

Beliau bakal terlibat dalam misi yang dipanggil Fram2 yang akan menjadi penerbangan angkasa lepas manusia pertama di atas kutub bumi dan syarikat tersebut berkata penerbangan itu akan berlaku sebelum hujung 2024.

Rogge bakal menjadi orang Jerman pertama pergi ke angkasa lepas di mana sebelum ini tiada wanita Jerman yang pernah ke angkasa lepas, menurut Pusat Aeroangkasa Jerman (DLR).

Sementara itu, Rogge berkata beliau amat berbesar hati kerana terpilih untuk mengambil bahagian dalam misi itu.

“Saya benar-benar tidak sabar untuk bertanggungjawab untuk penyelidikan dan mendapatkan beberapa projek yang menarik,” katanya di laman sosial X.

Semasa penerbangan selama beberapa hari itu, pasukan misi tersebut akan melihat kawasan kutub bumi dan mengkaji lampu ungu, yang dikenali sebagai ‘steve’ dan serupa dengan cahaya utara, pada ketinggian 425 hingga 450 kilometer (KM). 

SpaceX berkata misi itu juga akan menghasilkan imej X-ray pertama manusia di angkasa.

Misi tersebut merupakan usaha terbaharu industri aeroangkasa ke dalam pelancogan angkasa lepas swasta yang telah berkembang pesat di Amerika Syarikat (AS) sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

SpaceX telah menerbangkan 13 misi dalam tempoh empat tahun yang lalu, di mana syarikat tersebut telah membawa angkasawan NASA ke stesen angkasa Antarabangsa ISS dan telah menjalankan beberapa misi pelancongan angkasa. -AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN