Pontianak Harum Sundal Malam 3 dalam pembikinan, Maya Karin buat kemunculan semula - Utusan Malaysia

Pontianak Harum Sundal Malam 3 dalam pembikinan, Maya Karin buat kemunculan semula

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Hasrat peminat untuk menyaksikan kesinambungan filem Pontianak Harum Sundal Malam bakal tercapai apabila filem ketiga filem itu bakal dihasilkan tidak lama lagi.

Menurut penerbitnya, Kavita Sidhu, 52, pihak produksi masih menunggu masa sesuai untuk memulakan penggambaran memandangkan skrip filem berkenaan sudah sepenuhnya disiapkan.

“Benar, kami sedang menghasilkannya, saya salah seorang penerbitnya. Diharapkan, penggambaran filem ini dapat kami mulakan seawal November ini.

“Pengarahnya, Shuhaimi Baba sudah pun menyiapkan skripnya. Cuma tinggal lagi kami mulakan penggambaran Sahaja,” kongsinya.

Kavita dalam pada itu turut memaklumkan kemunculan semula Maya Karin dalam filem tersebut. Dia bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai barisan pelakon lain yang bakal membintangi filem berkenaan.

“Saya tidak dapat kongsikan banyak perkara mengenai filem ini. Tapi yang pastinya, peminat akan menyaksikan kemunculan Maya Karin dalam filem ini nanti.

Pontianak Harum Sundal Malam yang diterbitkan pada tahun 2004 mencipta fenomena sebagai antara filem seram tempatan terlaris dengan kutipan pecah panggung mencecah RM3.2 juta.

Filem kedua filem tersebut yang dihasilkan pada 2005 turut mencipta pelbagai kejayaan antaranya kemenangan Shuhaimi sebagai pengarah terbaik pada Festival Filem Malaysia ke-19.

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN