PMKS sumbang RM613.1 bilion pada ekonomi negara

PMKS sumbang RM613.1 bilion pada ekonomi negara

EWON Benedick (tiga dari kiri) bersama Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ramanan Ramakrishnan (tiga dari kanan) menunjukkan dokumen Laporan Prestasi Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) 2023 di Kuala Lumpur, semalam. –UTUSAN/AFIQ RAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) merekodkan prestasi mencecah RM613.1 bilion sekali gus menyumbang kepada ekonomi negara.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick berkata, pertumbuhan tersebut mengatasi prestasi ekonomi keseluruhan sebanyak 3.6 peratus berban­ding tahun lepas.

Katanya, prestasi kukuh itu menunjukkan daya tahan dan peranan penting PMKS sebagai pemacu utama pertumbuhan dan kestabilan negara.

“Pertumbuhan memberangsangkan pada tahun 2023 ini merentasi penunjuk makro­ekonomi utama iaitu Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), eksport, pekerjaan dan produktiviti.

“Aktiviti ekonomi pada tahun tersebut didorong oleh sektor perkhidmatan khusus­nya pengangkutan dan pe­nyimpanan selain sub-sektor perdagangan borong dan runcit, makanan dan minuman serta penginapan,” katanya semasa pengumuman prestasi PMKS 2023 di bangunan SME Corp, di sini semalam.

Tambah beliau, peratusan eksport PMKS juga mengalami peningkatan daripada 10.6 peratus pada 2022 kepada 12.2 peratus 2023, walaupun eksport negara secara kese­luruhan menunjukkan penurunan.

Katanya, pertumbuhan eks­port itu didorong oleh perkembangan dalam sektor perkhidmatan terutama dalam industri berkaitan pelancongan dan sektor pertanian.

“Eksport PMKS mencapai nilai RM152.2 bilion pada tahun tersebut, yang berkembang sebanyak 4.5 peratus.

“Eksport negara secara ke­seluruhannya merosot dise­babkan oleh permintaan global yang lebih perlahan, harga komoditi lebih rendah, ketidaktentuan geopolitik, kadar inflasi yang tinggi dan penurunan (downcycle) dalam sektor semikonduktor,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×