KUALA LUMPUR :Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan sumbangan kepada aktivis reformasi, Mohd. Shamsuri Alias.
Perdana Menteri berkata, Mohd. Shamsuri bergiat aktif bersama PKR cabang Kota Raja sejak awal penubuhannya
Kata beliau, sumbangannya itu disampaikan menerusi Setiausaha Politiknya, Ahmad Farhan Fauzi yang mewakili beliau menziarahi Mohd. Shamsuri, baru-baru ini.
“Dalam Ziarah Madani ini, Farhan sempat menyampaikan salam saya serta bertanyakan khabar kepada saudara Mohd. Shamsuri yang kekal tabah berdepan ujian, selain tekal dalam perjuangan.
“Farhan telah menyampaikan sumbangan bagi pihak saya kepada saudara Mohd. Shamsuri dan keluarganya bagi membantu mengurangkan beban kos sara hidup mereka, sekali gus mengurangkan tekanan kewangan mereka,” katanya melalui satu hantaran di Facebook.
Anwar berkata, jasa dan pengorbanan seluruh aktivis reformasi sentiasa diingatinya.
“Jasa dan pengorbanan para aktivis reformasi yang berjuang sejak era reformasi 1998 sentiasa dalam ingatan, Insya-Allah,” katanya. – UTUSAN










