KUALA TERENGGANU: Seorang pesara Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) didakwa atas 13 tuduhan pecah amanah dan memalsukan dokumen, empat tahun lalu. Jafri Wahab, 58, bagaimanapun mengaku tidak bersalah hari ini dan memohon untuk dibicarakan sebaik pertuduhan dibaca di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen, Mohd. Azhar Othman. Mengikut pertuduhan, Jafri didakwa dengan curangnya menyalahgunakan harta iaitu wang RM29,200 milik tabung sebuah kesatuan pekerja untuk kegunaan peribadi. Tertuduh ketika itu memegang jawatan bendahari…