Perebutan jawatan PM Jepun, pemimpin LDP semakin sengit

Perebutan jawatan PM Jepun, pemimpin LDP semakin sengit

SHIGERU Ishiba (kiri) bersama bekas Ketua Setiausaha Kabinet, Yoshihide Suga dan Fumio merupakan antara calon yang pernah menawarkan sebagai Ketua LDP pada 2020.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TOKYO: Persaingan untuk menggantikan Fumio Kishida sebagai pemimpin Parti Demokratik Liberal (LDP) Jepun sekali gus memegang jawatan Perdana Menteri semakin sengit, susulan pengumuman beliau semalam yang tidak akan bertanding dalam pemilihan Presiden parti bulan depan.

Perhatian kini diberikan kepada jawatan Presiden parti dengan pengundian dijangka berlaku pada bulan depan.

Memandangkan LDP adalah parti pemerintah, Presiden parti secara automatik dilantik sebagai Perdana Menteri Jepun.

Bekas Menteri Pertahanan, Shigeru Ishiba, 67, yang pernah menyatakan hasrat untuk bertanding jika mendapat sokongan ahli Parlimen, dilihat sebagai calon utama untuk mengetuai kepimpinan LDP.

Walaupun ahli parlimen yang sudah berkhidmat selama 12 penggal itu sering berada di tangga teratas dalam tinjauan media sebagai calon Perdana Menteri, nasib beliau bagaimanapun masih samar-samar selepas kalah dalam empat pemilihan LDP sebelum ini.

Turut popular dalam kalangan rakyat adalah bekas Menteri Alam Sekitar Shinjiro Koizumi, 43, yang merupakan anak kepada bekas Perdana Menteri Junichiro Koizumi, yang memimpin negara dari 2001 hingga 2006.

Selain itu, Menteri Luar Yoko Kamikawa, 71, juga dilihat semakin popular dalam LDP dan mendapat sokongan padu orang ramai.

Momentum tersebut mungkin membawa kepada pemilihan Perdana Menteri wanita pertama Jepun pada bulan depan.

Seorang lagi pemimpin wanita yang perlu diberi perhatian adalah Menteri Keselamatan Ekonomi Sanae Takaichi, 63 yang juga penyokong kuat bekas Perdana Menteri, Shinzo Abe.. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN