Penyokong Harimau Selatan mahu gegar Bukit Jalil 

Penyokong Harimau Selatan mahu gegar Bukit Jalil 

MOHD Helmi Datuk Shang'ri @ Shangari membawa bersama tema Ngauman Harimau Selatan Bawa Seorang Satu Bendera Johor pada aksi Final Piala FA 2024 di Stadium Bukit Jalil pada 24 Ogos ini
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEGAMAT: Penyokong bola sepak Johor Darul Takzim (JDT) dari Segamat bakal membawa gelombang kibaran bendera Johor merah – biru bersama tema Ngauman Harimau Selatan Bawa Seorang Satu Bendera Johor pada aksi Final Piala FA 2024 antara JDT menentang Selangor FC di Stadium Bukit Jalil, 24 Ogos ini.

Ia tanda sokongan dan solidariti Harimau Selatan dari Segamat ‘mengaum’ di stadium nasional tersebut.

Menurut jurucakap kepada Penyokong Bolasepak JDT Segamat, Mohd Helmi Datuk Shang’ri @ Shangari, setiap penyokong dari daerah ini diminta membawa bendera Johor sebagai tanda sokongan dan penyatuan seluruh penyokong JDT dalam usaha membangkitkan aura memburu kemenangan.

“Kami mahu pastikan Stadium Bukit Jalil ditawan dengan lautan merah- biru’ dengan  membawa aura dan semangat kepada pemain-pemain JDT sewaktu beraksi.

“Kemeriahan ini merupakan langkah ‘kanan’ insyaAllah bakal membawa kejayaan pada final piala FA musim ini sekaligus membawa pulang piala berkenaan ke selatan tanah air,” katanya.

Beliau yang juga Yang Dipertua (YDP) Majlis Perbandaran Segamat (MPS) berkata, dengan usaha serta sokongan penuh semangat, beliau yakin ia dapat membakar semangat semua pemain dan penontotn yang hadir pada malam itu.

“Kita harap sokongan ini dapat memberi motivasi yang maksimum kepada semua pemain yang pastinya akan berjuang habis-habisan dalam memburu kemenangan di Stadium Bukit Jalil nanti.

“Selain memeriahkan perlawanan ini, ia juga sebagai perang psikologi kepada pasukan lawan iaitu Selangor FA, dimana kita mahu tunjukkan bahawa penyokong JDT memiliki semangat kental,” katanya ketika ditemui di Pejabat MPS di Jalan Buloh Kasap, hari ini.

Mohd Helmi turut memaklumkan pihaknya sudah berunding dengan pelbagai pihak penyokong JDT tempatan dan pendekatan membawa bendera untuk memudahkan proses yang akan dilakukan pada hari perlawanan itu.

“Kepada penyokong yang tidak memiliki bendera, kita nasihatkan supaya mereka boleh membeli bendera yang disediakan kepada kelab penyokong tempatan dengan kadar diskaun atau potongan harga yang menarik.

“Penyokong tegar JDT dikenali sebagai antara penyokong yang teramai dalam Liga Malaysia selama ini, dan kami rasa inilah masanya kami dapat tunjukkan tahap sokongan yang konsisten tegar di Stadium Bukit Jalil nanti.

“Kami yakin semua pemain akan dapat menyerap aura gelombang biru-merah ini sekaligus seperti yang kita tahu kejayaan menewaskan Selangor FC adalah sesuatu yang sangat dinantikan oleh semua penyokong JDT termasuk orang di Segamat.

“Kami yakin berdasarkan persembahan semasa, JDT mampu muncul juara Piala FA 2024 dengan menewaskan Selangor 3-1,” katanya.

Semalam, Menteri Besar Johor, Onn Hafiz Ghazi mengumumkan 25 Ogos ini sebagai Hari Cuti Peristiwa bagi seluruh rakyat negeri ini sebagai tanda penghargaan buat penyokong pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam final Piala FA 2024.

Pengumuman itu dibuat selepas mendapat perkenan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×