Penumpang berjalan di sayap pesawat ditahan

Penumpang berjalan di sayap pesawat ditahan

LAPANGAN TERBANG MELBOURNE.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELBOURNE: Seorang penumpang ditahan selepas meninggalkan pesawat dengan cara membuka pintu kecemasan, berjalan di bahagian sayap dan memanjat turun dari enjin ke landasan dalam satu kejadian di Lapangan Terbang Melbourne, hari ini.

Menurut pegawai, insiden berlaku sejurus penerbangan JQ507 dari Sydney mendarat di lapangan terbang kira-kira pukul 10 pagi ini waktu tempatan.

Arab News melaporkan, berbanding keluar menggunakan pintu yang dibenarkan, lelaki tersebut meluru ke pintu kecemasan mengakibatkan gelongsor terbuka, sebelum meniti di bahagian sayap dan salah satu daripada dua enjin Airbus A320 itu untuk turun ke landasan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pegawai Polis Persekutuan Australia telah dimaklumkan oleh kakitangan syarikat penerbangan Jetstar dan menangkap lelaki tersebut kerana tingkah laku agresif serta melanggar protokol keselamatan pesawat.

Menurut polis, lelaki itu dibawa ke hospital untuk penilaian lanjut dan pihaknya akan menyiasat insiden tersebut bagi menentukan sama ada pendakwaan perlu dilakukan. 

Lapangan Terbang Melbourne memaklumkan, lelaki tersebut telah ditahan oleh krew pesawat dan kakitangan di landasan sebelum polis menangkapnya.

Seorang penumpang, Audrey Varghese berkata, orang ramai yang berada di dalam pesawat menjerit ketakutan melihat kelakukan pelik lelaki berkenaan yang meluru ke arah pintu kecemasan sejurus pesawat mendarat.

Lapangan Terbang Melbourne dalam satu kenyataan memuji kecekapan kakitangannya menangani insiden berkenaan yang berjaya menenangkan penumpang lain.- AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini