KUALA LUMPUR: Sejumlah 8,011 kes penipuan telekomunikasi atau phone scam direkodkan melibatkan nilai kerugian lebih RM440 juta sepanjang 2021 hingga 2023. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, daripada jumlah tersebut, 448 kes adalah penipuan melalui penyamaran sebagai pegawai Pos Laju melibatkan nilai kerugian RM30 juta. “Bagi 2024 sehingga Julai, sejumlah 1,411 kes disiasat dengan nilai lebih RM65 juta. “Sejumlah 87 kes adalah berkaitan penyamaran sebagai pegawai Pos Laju melibatkan nilai kerugian hampir RM3 juta,” katanya. Menurutnya, pada 2022, sebanyak 25,479 kes penipuan dalam talian disiasat PDRM…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya