KUALA LUMPUR: Seorang bekas pengurus bistro mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan melakukan pecah amanah hasil perniagaan majikannya, tujuh tahun lalu. Tertuduh, Mohd Jazlie Naim Latiff, 40, didakwa telah melakukan pecah amanah terhadap harta yang telah diamanahkan iaitu wang hasil perniagaan berjumlah RM38,579.80 di sebuah bistro di Sunway Putra Mall, Dang Wangi antara 7 dan 27 Jun 2017. Lelaki itu didakwa mengikut Seksyen 408…










