Penduduk kurang pasang Jalur Gemilang

Penduduk kurang pasang Jalur Gemilang

KEADAAN satu lorong di Kampung Bahagia yang tidak kelihatan Jalur Gemilang di Teluk Intan, semalam. – UTUSAN/AIN SAFRE BIDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TELUK INTAN: Kemeriahan sambut Hari Kebangsaan tahun ini tidak begitu dirasai di kebanyakan kawasan perumahan di sini kerana tidak banyak kelihatan pemilik rumah yang mengibarkan Jalur Gemilang.

Malah tinjauan mendapati Kampung Bahagia yang diumumkan sebagai Kampung Angkat Madani tidak banyak Jalur Gemilang yang dipasang penduduk di rumah mereka.

Penduduk kampung tersebut, Tajul Asnan Abdul Rasit, 76, berkata, sambutan Hari Kebangsaan tahun ini di kampung itu terasa agak suram apabila tidak kelihatan rumah yang memasang Jalur Gemilang.

Katanya, suasana itu berbeza dengan sambutan tahun-tahun sebelum ini di aman setiap kali menjelang sambutan Hari Kebangsaan, penduduk memasang Jalur Gemilang di rumah masing-masing sebagai menjiwai semangat kemerdekaan.

Menurutnya, sebelum ini, memasuki sahaja Bulan Ke­merdekaan, kebanyakan rumah dihiasi dengan Jalur Gemilang dan bendera negeri.

“Penduduk sanggup membeli bendera menggunakan duit sendiri berusaha memasang, mengibarkan Jalur Gemilang di rumah mereka.

“Malah ada yang memasang banyak Jalur Gemilang dan bendera negeri, mereka menghias rumah mereka dengan bendera negara dan negeri.

“Namun keadaan itu amat berbeza kali ini, sepanjang yang saya lihat setakat ini tak banyak bendera kebangsaan yang dipasang di rumah penduduk malah ada lorong-lorong di kampung ini yang tak ada rumah yang memasang Jalur Gemilang,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini semalam.

Menurut Tajul, keadaan itu tidak sepatutnya berlaku kerana rakyat perlu menjiwai semangat kemerdekaan dan bangga apabila negara sudah pun merdeka sejak 67 tahun lalu.

Katanya, modal untuk menghias rumah dengan bendera kebangsaan bukanlah tinggi dan sepatutnya banyak bendera dipasang untuk memeriahkan sambutan Hari Kebangsaan. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×