DUNGUN: Penduduk di sekitar Kampung Bukit Chatak, dekat sini, gempar dengan penemuan mayat seorang lelaki tanpa identiti di sebuah belukar di kawasan hutan kampung itu, petang tadi. Ketua Polis Daerah Dungun, Superintenden Maizura Abdul Kadir berkata, mayat lelaki yang hampir reput itu ditemukan seorang lelaki yang mahu mencari kayu untuk dibuat bubu kira-kira pukul 3.20 petang. “Lelaki yang melalui kawasan belukar itu terhidu bau busuk, terkejut apabila ternampak mayat seorang…