Pemandu kedua bas ekspres direman cabul penumpang wanita - Utusan Malaysia

Pemandu kedua bas ekspres direman cabul penumpang wanita

PEMANDU bas kedua (dua, kanan) yang disyaki mencabul penumpang wanita dibawa keluar dari Mahkamah Sesyen Kemaman, hari ini. - UTUSAN/NIK NUR IZZATUL HAZWANI NIK ADNAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN: Seorang pemandu kedua sebuah bas ekspres ditahan reman selama tiga hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes cabul seorang penumpang wanita, pada Jumaat lalu.

Perintah reman hingga Rabu itu dibenarkan Hakim Mahkamah Sesyen, Wan Suhaila Mohd. selepas menerima permohonan daripada pihak polis, pagi ini.

Reman itu bagi membolehkan suspek disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan.

Ketua Polis Daerah Kemaman Superintenden Hanyan Ramlan berkata, suspek berusia 28 tahun itu ditahan kira-kira pukul 5 petang semalam, di Kuala Terengganu bagi membantu siasatan.

“Sebelum ini, seorang wanita berusia 23 tahun mendakwa dicabul pemandu kedua bas itu berhampiran Plaza Tol Chukai, ketika dalam perjalanan dari Kuala Terengganu ke Kuala Lumpur.

“Wanita itu mendakwa lelaki tersebut yang disedari berada di sebelahnya di tingkat atas bahagian belakang bas, memegang tangan kirinya, menjilat leher, menyeluk pakaiannya dan meraba payudara serta memegang kemaluannya,” katanya.

Wanita yang berasal dari Marang itu kemudiannya menjerit sebelum lelaki itu berhenti melakukan perbuatan keji tersebut.

Jurujual itu kemudiannya membuat laporan polis di Balai Polis Salak Selatan Baru sebaik tiba di Terminal Bersepadu Selatan (TBS), Kuala Lumpur kira-kira pukul 4 pagi pada Sabtu.

Menurutnya, ketika kejadian hanya tiga penumpang berada di tingkat atas bas tersebut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN