Pelajaran tetap menjadi keutamaan - Jayden - Utusan Malaysia

Pelajaran tetap menjadi keutamaan – Jayden

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WALAUPUN baru berusia 15 tahun namun itu menjadi penghalang kepada pelakon cilik, Jayden Kuan Jia Xian ini untuk menempa nama dalam industri lakonan tanah air. 

Memasuki industri seni sejak berusia enam tahun, membuatkan pelakon cilik ini tidak pernah lekang dengan tawaran lakonan dan juga pengiklanan. 

Jayden mengakui, bukan mudah sebagai pelakon kanak-kanak sepertinya untuk seimbangkan karier dengan pelajaran. 

Walaupun agak sukar tetapi pelajaran sememangnya menjadi keutamaan. Biarpun sedang berusaha menempa nama, Jayden masih menjadikan pendidikan sebagai kunci utama.

Kebanyakan penggambaran akan akan dijalankan ketika di luar waktu pembelajaran. 

“Kalau ada penggambaran ketika hari sekolah, saya akan susun jadual dengan pihak produksi untuk diadakan selepas waktu sekolah ataupun pada hujung minggu. 

“Jika ada babak yang sangat penting dan membantu meningkatkan lakonan saya, keluarga akan memberikan kebenaran untuk pergi ke set pada waktu pembelajaran. 

“Saya ingin jadikan lakonan ini sebagai hobi apabila meningkat dewasa kerana ingin mengejar cita-cita menjadi pengaturcara teknologi maklumat,” katanya.

Selain itu, Jayden berkata, halangan daripada segi bahasa tidak menjadi satu masalah yang besar kepadanya. 

“Saya sentiasa ingin mencuba perkara yang baharu daripada drama Cina. Saya nak pengalaman yang baharu. 

“Saya juga ingin mencuba perkara yang baharu dan bersedia untuk memberikan yang terbaik jika diberikan peluang. 

“Jadi saya lihat, bahasa bukannya penghalang untuk saya terus meningkatkan nama dalam industri drama Melayu khususnya,” ujar Jayden.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN