Pekerja kontrak mengaku rogol remaja 16 tahun - Utusan Malaysia

Pekerja kontrak mengaku rogol remaja 16 tahun

MUHAMMAD Farriz Izwan (dua dari kanan) mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Ipoh hari ini atas tiga pertuduhan merogol seorang remaja perempuan berusia 16 tahun di bilik sebuah hotel, hujung bulan lalu. - UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Seorang pekerja kontrak mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan merogol seorang remaja perempuan berusia 16 tahun di bilik sebuah hotel di sini, hujung bulan lalu.

Tertuduh,Muhammad Farriz Izwan, 19, membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan secara berasingan oleh jurubahasa di hadapan Hakim Hilmiah Yusof.

Berdasarkan pertuduhan, lelaki itu didakwa merogol seorang kanak-kanak perempuan berusia 16 tahun di dalam sebuah bilik hotel di Medan Pengkalan Impian di sini pada pukul 12 tengah malam, 1.30 pagi dan 5.30 pagi, 31 Julai 2024.

Ketiga-tiga pertuduhan itu dikemukakan mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Amirah Nabihan Shahrir manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah kemudian menetapkan sebutan semula kes pada 8 Oktober depan untuk serahan laporan perubatan.

Media pada Rabu lalu melaporkan, seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun membuat laporan polis pada pukul 10.26 malam, 31 Julai lalu dan mendakwa telah dirogol kenalan lelakinya.

Susulan itu, tangkapan dibuat ke atas suspek selepas hampir satu jam laporan polis dibuat mangsa. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×