MELAKA: Seorang pegawai tadbir Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) didenda RM2,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas dua pertuduhan menerima suapan berjumlah RM900 daripada seorang kontraktor pengiklanan bagi mendapatkan kerja-kerja pembekalan sejak dua tahun lalu. Tertuduh, Mohd. Rozaiman Rahmat, 45, mengaku bersalah terhadap pertuduhan pertama dan ketiga sejurus dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Elesabet Paya Wan tetapi dia mengaku tidak bersalah untuk pertuduhan kedua. Berdasarkan kertas pertuduhan…










