PETALING JAYA : Seorang pegawai penguat kuasa ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM12,000 sebagai balasan untuk menutup satu kes rogol. Suspek lelaki yang berusia lingkungan 40-an telah ditahan kira-kira pukul 10 pagi semalam ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Pulau Pinang. Menurut sumber, suspek dipercayai melakukan kesalahan tersebut sekitar tahun 2019 dan menerima rasuah kira-kira RM12,000 daripada seorang individu sebagai balasan untuk menutup satu kes rogol. “Suspek akan dibawa ke Mahkamah Negeri Perlis pagi tadi untuk didakwa,” katanya. Sementara…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya