TELUK INTAN: Seorang pegawai dan anggota polis cedera selepas dilibas dengan parang oleh suspek kes dadah dalam kejadian di Jalan Melati Padang Tembak, di sini semalam. Kejadian pada pukul 5.30 petang itu mengakibatkan Inspektor Tie Ngie Sieng luka sepanjang empat sentimeter di tangan kiri manakala Koperal Detektif Mohd. Rasyidi Che Ross pula luka dan putus urat di pergelangan tangan kiri. Ketua Polis Perak, Datuk Azizi Mat Aris berkata, Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hilir Perak menerima aduan dibuat ahli keluarga suspek mengenai aktiviti penyalahgunaan dadah…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya