PAU 2024: Jumlah perwakilan meningkat 6,433 orang - Utusan Malaysia

PAU 2024: Jumlah perwakilan meningkat 6,433 orang

Asyraf Wajdi Dusuki bercakap dalam sidang akhbar Perhimpunan Agung UMNO 2024 di Menara Dato Onn, Kuala Lumpur hari ini. -UTUSAN/M.FIRDAUS M.JOHARI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Jumlah keseluruhan perwakilan UMNO meningkat kepada 6,433 orang yang akan hadir bagi memeriahkan Perhimpunan Agung UMNO 2024 dari 21 hingga 24 Ogos ini di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL).

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, jumlah itu meningkat sebanyak 2,939 orang perwakilan kerana tambahan ketua penerangan yang dijadikan perwakilan automatik bagi bahagian-bahagian sebagaimana pindaan kepada perlembagaan dan peraturan mesyuarat dalam sesi yang lepas.

“Ahli perwakilan bagi Wanita UMNO adalah seramai 1,171 orang manakala perwakilan pergerakan Pemuda UMNO seramai 1,173 orang. Bagi perwakilan Puteri UMNO pula seramai 1,150 orang yang akan hadir.

“Acara PAU 2024 akan dimulai dengan taklimat Presiden pada Rabu, 21 Ogos pukul 3 petang di Dewan Merdeka secara tertutup tetapi selepas taklimat akan diadakan siding media,” katanya dalam sidang akhbar sempena PAU 2024 di Menara Dato Onn, di sini, hari ini.

Turut hadir, Timbalan Pengerusi Tetap UMNO, Datuk Seri Abdul Fattah Abdullah; Ketua Puteri UMNO, Nurul Amal Mohd Fauzi; Exco Pemuda UMNO, Mohd. Hafiz Ariffin dan Wanita UMNO.

PAU 2024 akan bermula dari 21 hingga 24 Ogos ini di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL).

Asyraf Wajdi berkata, persidangan kali ini akan memfokuskan isu ekonomi dan masa depan untuk orang melayu dan bumiputera.

“Banyak agenda yang seiring dengan apa yang diputuskan oleh PAU yang lepas. Contohnya Gig Ekonomi melibatkan 1.4 juta anak muda yang menyumbang kepada tercicirnya daripada arus pendidikan dan perdana

“Ini termasuk juga agenda lain seperti dasar tahfiz negara dan halal,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN