PASIR MAS: Malaysia dan Thailand bersetuju mempercepatkan pembinaan Jambatan Kedua Sungai Golok-Rantau Panjang dekat sini.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkara tersebut antara perkara yang dibincangkan dengan rakan sejawatan dari Thailand.
Menurut beliau, pada masa sama kedua-dua negara turut bersetuju menyegerakan kerja-kerja pembersihan Sungai Golok yang akan membantu mengurangkan risiko banjir.
“Bila hubungan peribadi baik, hubungan kedua-dua negara baik rakyat akan dapat manfaat,” katanya semasa berucap pada majlis makan tengah hari di Kompleks Apam Putra, di sini hari ini. – UTUSAN










