Anwar sambut Aidiladha di Permatang Pauh - Utusan Malaysia

Anwar sambut Aidiladha di Permatang Pauh

ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pulang ke kampung halamannya di Pulau Pinang bagi lawatan kerja singkat menjelang sambutan Aidiladha.

Memetik laporan Bernama, Anwar yang juga Menteri Kewangan, dijadual menyerahkan lembu korban kepada komuniti di kawasan Parlimen Permatang Pauh dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Seberang Jaya di Masjid Daerah Seberang Perai Tengah pada pukul 2 petang.

Bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh itu kemudian akan kembali ke kampungnya untuk menyerahkan lembu korban kepada komuniti DUN Permatang Pasir di Masjid Al-Falah, Pengkalan Tambang.

Anwar akan mengakhiri lawatan tersebut dengan menyerahkan lembu korban kepada komuniti DUN Penanti di Padang Mengkuang Titi, Kubang Semang pada jam 3.45 petang sebelum berlepas pulang ke ibu negara. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN