Malaysia mohon tambah kuota haji

Malaysia mohon tambah kuota haji

MOHD. NA'IM MOKHTAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Malaysia memohon Kerajaan Arab Saudi menambah kuota jemaah haji negara ini. 

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata, hasrat itu disampaikan kepada Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi, Dr Tawfig Fawzan Muhammed Al-Rabiah, petang semalam. 

“Dalam pertemuan ini saya telah membangkitkan beberapa perkara penting antaranya permohonan menambah kuota jemaah Haji Malaysia bersesuaian dengan populasi rakyat Malaysia.

“Semoga hubungan baik Kerajaan Malaysia dan Arab Saudi akan memberikan manfaat kepada umat Islam,” katanya menerusi hantaran di Facebook, malam tadi. 

Mengulas lanjut, Mohd Na’im berkata, lawatan kerja rasmi Dr Tawfig Fawzan telah menyerlahkan keyakinan Kerajaan Arab Saudi kepada keupayaan Malaysia. 

“Sebagai contoh program Makkah Route pada Musim Haji yang lepas,” katanya. 

Bagi musim haji 2024, Kerajaan Arab Saudi menetapkan kuota jemaah haji Malaysia sebanyak 31600 orang jemaah.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×