PETALING JAYA: Malaysia memohon Kerajaan Arab Saudi menambah kuota jemaah haji negara ini. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata, hasrat itu disampaikan kepada Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi, Dr Tawfig Fawzan Muhammed Al-Rabiah, petang semalam. “Dalam pertemuan ini saya telah membangkitkan beberapa perkara penting antaranya permohonan menambah kuota jemaah Haji Malaysia bersesuaian dengan populasi rakyat Malaysia. “Semoga hubungan baik Kerajaan Malaysia…










