JOHOR BAHRU: Kerajaan negeri akan membantu pelaksanaan kerja-kerja naik taraf Larkin Sentral di sini yang merupakan hab pengangkutan awam utama Johor sekali gus menjadikannya terminal kategori gred A. Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, ketika ini Larkin Sentral dikategori sebagai terminal gred B oleh Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD). Katanya, perkara itu penting kerana premis berkenaan menghubungkan pelbagai destinasi dalam dan luar negara dengan purata seramai 18,000 pengguna sehari. “Penggunaan tinggi menjadikannya pusat logistik penting bagi pergerakan penumpang sama ada perjalanan tempatan mahupun antarabangsa. “Sehubungan itu, beberapa cadangan tambah…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya