Mahkota: Amanah belum sedia beri laluan? 

Mahkota: Amanah belum sedia beri laluan? 

MOHAMAD SABU
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Parti Amanah Negara (Amanah) sedia memberi laluan kepada parti-parti lain dalam Kerajaan Perpaduan yang menjadi penyandang di mana-mana kerusi bakal diadakan pilihan raya.

Presiden Amanah, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, pendirian itu berdasarkan amalan sepanjang enam pilihan raya kecil (PRK) sebelum ini.

“Walaupun begitu pendirian ini bukanlah muktamad.

“Amanah bersedia untuk bertanding dalam mana-mana PRK jika dipersetujui bersama oleh parti-parti komponen Kerajaan Perpaduan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Isu pemilihan calon antara UMNO dan Amanah mula timbul menjelang PRK Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota pada 28 September ini.

Ketua Amanah Kluang, Mohd. Zuhan Mohd. Zain menggesa Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi memastikan proses rundingan antara parti-parti kerajaan dijalankan sebelum sebarang keputusan muktamad diambil.

Untuk rekod, kerusi DUN Mahkota dimenangi Amanah dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) sebelum kembali dikuasai UMNO, kira-kira lima tahun kemudian.

Kerusi itu kosong berikutan penyandangnya, Datuk Sharifah Azizah Syed Zain meninggal dunia pada awal bulan ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 14 September ini sebagai hari penamaan calon bagi PRK DUN Mahkota. 

Mohamad berkata, isu pembahagian kerusi untuk PRU akan datang juga belum dibincang dan diputuskan pimpinan tertinggi Kerajaan Prpaduan.

“Justeru, Amanah akan terus komited kepada usaha mengukuhkan perpaduan dalam kalangan parti-parti komponen bagi mencapai kemenangan dalam PRU16,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN