YAN: Fenomena air pasang besar di Kampung Kuala Dulang Besar, di sini tengah hari tadi mengakibatkan lima buah rumah berhampiran dimasuki air. Penduduk, Suhaimi Ahmad, 57, berkata, fenomena kali ini disifatkan agak luar biasa dan menyebabkan mereka tidak sempat menyelamatkan barang akibat berlaku terlalu pantas. “Ketika kejadian saya bersama isteri sedang berehat di ruang tamu sebelum dikejutkan bunyi ombak kuat. Dalam masa 10 minit, air laut dan lumpur masuk ke…










