PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan lawatan kerjanya ke India mencapai objektif apabila kedua-dua negara bersetuju meningkatkan hubungan dua hala ke tahap Perkongsian Strategik Komprehensif (CSP). Pada masa sama, Perdana Menteri berkata, lawatan juga Berjaya meraih potensi perdagangan sebanyak RM8 billion. “Ia membabitkan sektor seperti minyak sawit dan produk berasaskan minyak sawit; bahan dan produk kimia; minyak dan gas serta bahan alat ganti kapal terbang,” katanya dalam…