LOS ANGELES: Penyanyi, Lady Gaga dikhabarkan bakal melangsungkan perkahwinannya di Eropah. Perkara itu dikongsi sumber rapat kepada portal Entertainment Tonight. Menurut sumber berkenaan, penyanyi berusia 38 tahun itu dan tunangnya, Michael Polansky mula merancang destinasi perkahwinan selepas majlis pertunangan mereka yang diadakan di Malibu, baru-baru ini. “Pasangan itu sedang dalam fasa bahagia, Michael ingin menjadikan Gaga suri hati pilihannya. “Baru-baru ini mereka mengadakan majlis pertunangan yang dihadiri keluarga dan teman…










