SHAH ALAM: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan memperkasakan Kempen Beli Barangan Malaysia (KBBM) dengan membantu pemasaran produk-produk tempatan di luar negara. Pemerkasaan tersebut akan dilakukan menerusi kerjasama dengan rangkaian pasar raya besar di luar negara seperti Lotus’s, Lulu dan AEON. Menterinya, Datuk Armizan Mohd. Ali berkata, dengan kerjasama tersebut, beliau mahu melihat produk-produk tempatan memenuhi rak-rak pasar raya di luar negara. “Usaha ini dilakukan untuk…