Kon Yeow sedia beri cuti lanjutan kepada Jagdeep jika perlu

Kon Yeow sedia beri cuti lanjutan kepada Jagdeep jika perlu

CHOW KON YEOW
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN : Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow akan mengadakan pertemuan dengan keluarga Jagdeep Singh Deo esok untuk mendapatkan perkembangan terkini mengenai keadaan kesihatan Timbalannya itu.

Kon Yeow berkata, beliau menerima maklumat mengenai perkara tersebut dari semasa ke semasa daripada ahli keluarga Jagdeep ketika ini.

Katanya, daripada maklumat yang diterima, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Datuk Keramat itu kini berada dalam keadaan pemulihan, selain terus menerima perhatian daripada doktor yang merawatnya.

“Mengenai cuti (Jagdeep) yang akan berakhir pada 5 Ogos ini, saya akan bertemu dengan ahli keluarganya esok. Saya juga ada melaporkan perkara ini di dalam Mesyuarat Exco. Sekiranya doktor memberi lanjutan cuti, saya berharap agar surat lanjutan cuti itu diberikan untuk kelulusan.

“Ia bagi membolehkan Jagdeep meneruskan rawatan sehingga satu tempoh yang doktor merasakan beliau boleh balik bekerja dan melaksanakan kerja-kerja beliau (yang tertangguh),” katanya dalam sidang akhbar di Pejabat Ketua Menteri di sini, hari ini.

Jagdeep sebelum ini telah memohon cuti selama 11 hari iaitu sehingga 5 Ogos ini untuk menjalani pemeriksaan kesihatan dan prosedur pada kaki kirinya sehingga timbul spekulasi bahawa pemimpin tersebut telah diarah untuk bercuti daripada tugasnya dalam pentadbiran negeri.

Bagaimanapun, Kon Yeow tampil menafikan perkara itu dan menjelaskan bahawa beliau telah meluluskan cuti tersebut bagi membolehkan Jagdeep mendapatkan rawatan berkenaan.

Dalam pada itu, Kon Yeow berkata, kerajaan negeri juga bersedia untuk memberi kelulusan sekiranya Jagdeep memerlukan lanjutan untuk tempoh cuti bagi membolehkannya menerima rawatan sehingga sembuh.

“Sebenarnya saya ada berjumpa dengan Jagdeep sebelum beliau mula bercuti. Jadi, sekiranya beliau memerlukan lanjutan tempoh bercuti, pihak saya akan menimbang untuk meluluskan.

“Ini bagi membolehkan beliau dapat menjalani rawatan secara sekali gus untuk cepat sembuh,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN