PETALING JAYA: Kerajaan memberi tempoh dua minggu mulai hari ini kepada Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) di bawah 40 program membabitkan peruntukan sebanyak RM32.8 bilion supaya membuat pelaporan pencapaian kepada Pelan Tindakan Bersepadu PKS (SMEIPA). Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, setakat ini sebanyak 286 inisiatif serta program keusahawanan dan pembangunan PMKS dengan peruntukan berjumlah RM15.06 bilion telah dilaporkan dalam SMEIPA sehingga separuh penggal tahun 2024. Katanya, ia menunjukkan peningkatan sebanyak 10.8 peratus berbanding tahun 2023. Bagaimanapun, beliau berkata, pelaporan itu selama ini tidak diwajibkan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya