GUA MUSANG: Kerajaan akan menyelesaikan isu berkaitan pemilikan rumah untuk generasi kedua, ketiga peneroka dan peserta di seluruh Lembaga Kemajuan Wilayah. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, perkara tersebut sedang dan ada yang sudah diselesaikan termasuk di kawasan Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) dan Felda. Menurut beliau, mengikut Kanun Tanah Negara sebuah rumah hanya boleh didirikan di atas satu lot tanah sahaja. “Oleh kerana lot-lot kediaman itu dimiliki…