KUANTAN: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Pahang dan Zon Maritim Malaysia Mersing menahan sebuah kapal kargo sarat dengan 420 guni serbuk bijih timah dianggarkan bernilai RM1.5 juta, malam tadi. Pengarah Maritim Malaysia, Pahang, Mazlan Mat Rejab berkata, barangan tersebut dipercayai cuba diseludup ke negara ini dari Indonesia. Menurutnya, kapal kargo terbabit dikesan dalam keadaan mencurigakan sedang menuju ke Sungai Endau. “Pergerakan dan aktiviti kapal kargo berkenaan terus dipantau seterusnya ditahan di jeti pendaratan ikan persendirian Tanjung Gemok, Kuala Rompin kira-kira 11.30 malam tadi. “Pemeriksaan mendapati kapal kargo itu merupakan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya