KANGAR: Kadar bulanan penengah dan purata gaji di Perlis merekodkan peningkatan pada tahun 2022 berdasarkan kepada Survei Gaji dan Upah (SGU) oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM). Mengikut statistik, kadar penengah di negeri ini pada 2022 meningkat kepada RM1,872 berbanding RM1,797 pada tahun sebelumnya. Pengerusi Pembangunan Sumber Manusia negeri, Asrul Aimran Abd Jalil berkata, bagi purata gaji pula, terdapat peningkatan direkodkan dari jumlah RM2,588 pada tahun 2021 kepada RM2,777 pada 2022.…










