BUKIT MERTAJAM : Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Pulau Pinang telah berjaya mengesan pemandu kenderaan pacuan empat roda yang tular di media sosial gara-gara gambar seekor kucing tergantung di bahagian belakang kenderaannya, semalam. Pengarahnya, Dr. Saira Banu Mohamed Rejab berkata, ketika ini, keterangan suspek telah diambil dan satu kertas siasatan berhubung kejadian itu juga telah dibuka. “Pada masa yang sama, kucing itu kita telah ambil bagi tujuan siasatan dan pemeriksaan lanjut.…