Jenazah Jay Jay selamat dikebumikan - Utusan Malaysia

Jenazah Jay Jay selamat dikebumikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Jenazah penyanyi, Mohd. Fauzi Darus atau Jay Jay selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Tandang, Petaling Jaya sekitar pukul 11 pagi tadi.

Terdahulu jenazah Allahyarham diuruskan dan disolatkan di Masjid Al Husna, Bandar Sunway, di sini.

Penyanyi kesayangan ramai itu menghembuskan nafas terakhir di Thomson Hospital Kota Damansara semalam akibat kegagalan organ dalaman selepas mengalami serangan angin ahmar beberapa hari lalu.

Arwah pada Mei lalu dikejarkan ke Institut Jantung Negara (IJN) selepas mengalami serangan jantung dan sesak nafas sebelum menaiki bas untuk pulang ke Kuala Lumpur dari Singapura.

Susulan itu, arwah menjalani pembedahan pintasa jantung ekorang masalah jantung tersumbang yang dialaminya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN