KULIM: Sejumlah bahan buangan terjadual dipercayai sarung tangan lateks terpakai dijumpai di sebuah tapak pembinaan kilang di sini, baru-baru ini. Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Kedah, Sharifah Zakiah Syed Sahab berkata, pihaknya menerima aduan berhubung penemuan bahan buangan itu menerusi e-mel pada kelmarin. Katanya, bahan buangan tersebut ditemui oleh seorang perunding yang mahu menjalankan kajian teknikal di tapak tersebut. “Bertindak atas aduan tersebut, JAS memulakan siasatan pada semalam dan mendapati…










