KUALA LUMPUR: Isu kepentingan bukan merupakan elemen utama yang perlu dibuktikan dalam Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), iaitu kesalahan membabitkan salah guna kedudukan. Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Akram Gharib menjelaskan, walaupun pihak pendakwaan tidak menyatakan secara spesifik kepentingan secara langsung, pertuduhan pertama yang dikenakan terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak secara jelas menunjukkan tempat, masa dan tarikh bekas Perdana Menteri itu menggunakan kedudukannya sebagai penjawat awam…