Aguero akur perlu bersaing untuk kesebelasan utama

Aguero akur perlu bersaing untuk kesebelasan utama

Sergio Aguero
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

UPETALING JAYA: Pemain naturalisasi negara, Sergio Aguero teruja kembali mendapat panggilan untuk membarisi skuad Harimau Malaya dalam aksi persahabatan menentang Singapura dan Palestin.

Jentera tengah Kanchanaburi Power di Liga Thailand itu berkata, pemilihannya kali ini juga adalah satu penghormatan kerana saingan bagi mendapatkan tempat dalam skuad kebangsaan sangat sukar ketika ini.

Katanya, beliau tidak mahu melepaskan peluang dan akan berjuang untuk mendapatkan tempat dalam kesebelasan Peter Cklamovski selepas Malaysia kini rata-rata diwakili pemain berkualiti, khususnya tinggok warisan.

“Sudah tentu ia satu detik membanggakan. Sekarang lagi sukar nak dapat panggilan kerana terdapat ramai pemain berkualiti (dalam skuad kebangsaan).

“Sudah tentu apabila saya mendapat panggilan menyertai kem skuad kebangsaan, saya akan sedia memberikan khidmat.

“Sekarang kita memiliki pemain yang sangat bagus yang datang dari luar negara,” kata pemain kelahiran Argentina yang pernah beraksi bersama Sri Pahang FC menerusi temubual SNE Sports.

Untuk rekod, ini merupakan kali pertama Aguero bekerja sama dengan Peter Cklamovski selepas kali terakhir bersama Malaysia ketika kejohanan ASEAN Championship 2024 yang dikendalikan Pau Marti Vicente ketika itu.

Prestasi cemerlangnya bersama Kanchanaburi mendorong Cklamovski untuk memanggil Aguero bagi memperkuatkan skuad kebangsaan untuk berdepan Singapura di Stadium Nasional Bukit Jalil, esok dan Palestin pada Isnin ini.

Sejak mendapat status kerakyatan pada tahun 2022, pemain ini dilihat tampil berdedikasi untuk menjadi rakyat Malaysia dan terus membuktikan dirinya masih lagi relevan untuk menyarung jersi kebangsaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×